Tuesday, 4 July 2017

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).

Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa serta menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (Kurikulum, 2010).

Kurikulum KSPK merupakan kurikulum yang berbentuk modular di mana ia merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dikenali sebagai modul. Terdapat dua jenis modul iaitu modul teras dan modul bertema. Modul teras terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/Bahasa Tamil, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dan Matematik. Modul bertema pula merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang pembelajaran dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan atau peristiwa seharian kanak-kanak.

                   

Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer bukan sahaja dapat menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi malah dapat mengukur perkembangan kanak-kanak dengan cepat dan berkesan. Pelbagai perisian yang digunakan juga mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, memberikan pengalaman bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik (Abdul Halim 2008).


               

Saturday, 1 July 2017

ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK-KEBURUKAN DAN KEBAIKAN ICT


PENGENALAN

Teknologi maklumat komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Melalui ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.


Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintergrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi maklumat penggunaan teknologi moden / elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan moden seperti audio, setelit, internet, video conferencing, CD dan multimedia. ICT perlu diintergrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.


Matlamat ICT Memtranformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999. Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuaryang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates 1999.



KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN


  1. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. 
  2. Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
  3. Bahan dapat digunakan berulangkali.
  4. Bahan boleh digunakan dimana kaedah tradisional tidak dapat dijalankan.
  5. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT
  • Penyertaan aktif oleh kanak-kanak.
  • Mengikut kadar kebolehan sendiri.
  • Pengulangan kerja memberi pengukuhan.
  • Berkerjasama- pembelajaran koperatif.
  • Meneroka- dibidang baru. 
  • Pengalaman konkrit-deria
  • Interaktif- antara komputer dan kanak-kanak.
  • Latih tubi- tanpa jemu oleh komputer.
KELEBIHAN ICT DALAM P&P
  1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak - penerokaan dan penemuan.
  2. Membawa sikap positif - mereka ada peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
  3. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
  4. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
  5. Ia menarik kerana bercorak interaktif.
  6. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
  7. Bahan dapat digunakan berulang kali.
TERDAPAT BEBERAPA KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEPERTI :
  • Perkembangan mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer. 
  • Kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.
  • Kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.