Saturday, 27 May 2017

MASA DEPAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelas prasekolah di samping lain-lain pendekatan P&P prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses P&P, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. 

Penggunaan ICT dalam P&P merupakan cabaran untuk guru prasekolah (Myhre, 1998). Pendekatan ICT dalam P&P harus dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan ICT dalam pendidikan prasekolah bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah (Haugland & Wright, 1997). Guru adalah agen utama dalam inovasi pendidikan. Mereka merupakan salah satu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasikan, dan menggunakan ICT di sekolah (Nash & Moroz, 1997). 

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993). Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan komputer, maka semakin besar kemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalam kurikulum (Dupagne & Krendl, 1992).

Kebanyakan guru prasekolah di Malaysia kurang menggunakan ICT dalam P&P disebabkan masalah yang mereka hadapi. Hannafin dan Savenye telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan guru enggan menggunakan ICT dalam P&P: kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkan pelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993). Masalah yang menyumbang kepada kegagalan penggunaan ICT dalam P&P perlu ditangani bagi memastikan pengintegrasian ICT dalam P&P prasekolah mencapai objektif dan matlamatnya.

Sikap guru memainkan peranan penting dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Ini merupakan satu isu yang perlu ditangani bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penggunaan ICT dalam P&P. Tsitouridou dan Vryzaz (2003) telah mengkaji sikap guru prasekolah terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mereka menunjukkan sikap guru dipengaruhi oleh penggunaan komputer di rumah, pengalaman dan kemahiran komputer serta kursus komputer yang dihadiri.

Friday, 19 May 2017

PROFILE


MENGENAI KAMI





Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami, dari kiri ialah Nur Aqilah, Fatini, Izatul Farahanie, Fatin Zurain, Wan Najieha dan Nur Amira. Kami merupakan pelajar Batch 5 dari Kolej Ketengah yang mengambil bidang diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran awal kepada kanak-kanak dari bayi hingga kanak-kanak berusia enam tahun. 






Monday, 15 May 2017

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI LUAR NEGARA 


Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.


Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.


Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


ZAMAN SEBELUM MERDEKA

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu.  Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.



PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;

1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori

IMAM AL-GHAZALI 

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau:

         Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
         Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
        Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
        
 Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.


  • Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
  •  Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
  • Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

              -        Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
              -        Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
              -        Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:


  • Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
  • Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
  • Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.


IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.

Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:


  • Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.


Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:


  • Berperingkat-peringkat.
  • Mengadakan latih tubi menggunakan benda-benda maujud.
  • Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar.

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:


  • Tidak mahu belajar.
  • Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.


Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.


Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.