Assalamualaikum dan salam sejahtera......
kami ingin berkongsi kepada anda mengenai kepentingan ict dalam pembelajaran
kanak-kanak.
KEPENTINGAN
PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.
Ia dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat
membuat persiapan dan persediaan dengan lebih awal dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menarik dan berkesan contohnya menggunakan abm seperti powerpoint, flash,
video, visual dan mereka hanya perlu mangaplikasikan alatan tersebut kedalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mejadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan.
Mempelbagaikan proses pengajaran dan
pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada kelas sahaja bahkan dapat mempertigkatkan
kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam
ICT.
Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi
terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta
menyimpan, memproses dan merekodkan setiap maklumat yang diperolehi.
Dapat memberi peluang pembelajaran yang
sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas
tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang
diajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah didalam kelas. Namun
mereka juga boleh berlajar dengan menggunakan komputer di dalam kelas.
Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan kanak-kanak lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda.
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat kanak-kanak yang berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.
Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang baru.
No comments:
Post a Comment