Tuesday, 4 July 2017

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian perubahan-perubahan pedagogi menggunakan ICT adalah perlu dalam usaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik lagi berkesan (Mohd. Arif & Rosnaini 2002; Fauziah Ahmad 2006).

Pendidikan prasekolah merujuk kepada Akta Pendidikan 1996 ialah program pendidikan bagi murid yang berumur dari 4 hingga 6 tahun (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Program dan kegiatannya mengikut garis panduan kurikulum prasekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuan pendidikan prasekolah ialah untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa serta menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri dengan keadaan semasa, boleh menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak (Kurikulum, 2010).

Kurikulum KSPK merupakan kurikulum yang berbentuk modular di mana ia merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dikenali sebagai modul. Terdapat dua jenis modul iaitu modul teras dan modul bertema. Modul teras terdiri daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina/Bahasa Tamil, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral dan Matematik. Modul bertema pula merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang pembelajaran dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema dibina menggunakan isu kehidupan atau peristiwa seharian kanak-kanak.

                   

Penggunaan ICT dalam pendidikan mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Komputer bukan sahaja dapat menyimpan maklumat dengan kapasiti tinggi malah dapat mengukur perkembangan kanak-kanak dengan cepat dan berkesan. Pelbagai perisian yang digunakan juga mampu menambah pengetahuan kanak-kanak, memberikan pengalaman bermakna, meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik (Abdul Halim 2008).


               

Saturday, 1 July 2017

ICT

ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK-KEBURUKAN DAN KEBAIKAN ICT


PENGENALAN

Teknologi maklumat komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Melalui ICT dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.


Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintergrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif. Kajian Clements (1987) Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.



TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Teknologi maklumat penggunaan teknologi moden / elektronik seperti komputer, rakaman audio, video dan cakra padat (CD) bagi menyimpan, menyusun, menukar dan mencipta maklumat Teknologi Komunikasi Penggunaan teknologi bagi menyebar dan menyampai maklumat melalui alat perhubungan moden seperti audio, setelit, internet, video conferencing, CD dan multimedia. ICT perlu diintergrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.


Matlamat ICT Memtranformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat. Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital dapat menyediakan persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan guru dan kanak-kanak. Ng Wai Kong, 1999. Komputer dapat mengubah kaedah pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan hands-on dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuaryang ada dalam diri kanak-kanak. Bill Gates 1999.



KELEBIHAN ICT DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN


  1. Ianya amat menarik kerana bercorak interaktif. 
  2. Penilaian dapat dilakukan selepas sesuatu aktiviti selesai dijalankan.
  3. Bahan dapat digunakan berulangkali.
  4. Bahan boleh digunakan dimana kaedah tradisional tidak dapat dijalankan.
  5. Dapat menggunakan pelbagai media seperti grafik, bunyi, audio dan video.
KEBAIKAN MENGGUNAKAN ICT
  • Penyertaan aktif oleh kanak-kanak.
  • Mengikut kadar kebolehan sendiri.
  • Pengulangan kerja memberi pengukuhan.
  • Berkerjasama- pembelajaran koperatif.
  • Meneroka- dibidang baru. 
  • Pengalaman konkrit-deria
  • Interaktif- antara komputer dan kanak-kanak.
  • Latih tubi- tanpa jemu oleh komputer.
KELEBIHAN ICT DALAM P&P
  1. Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak - penerokaan dan penemuan.
  2. Membawa sikap positif - mereka ada peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional.
  3. Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
  4. ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif. Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
  5. Ia menarik kerana bercorak interaktif.
  6. Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
  7. Bahan dapat digunakan berulang kali.
TERDAPAT BEBERAPA KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SEPERTI :
  • Perkembangan mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer. 
  • Kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.
  • Kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran. 



Thursday, 22 June 2017

ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL PRASEKOLAH-KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

TUNJANG-TUNJANG PEMBELAJARAN DALAM KSPK TERDIRI DARIPADA :-

(a)  Komunikasi
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inngeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah yang beraliran bahasa Cina dan bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia.

(b) Kerohanian, sikap dan nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merangkumi pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

(c)  Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum ini.

(d) Sains dan teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

(e) Perkembangan fizikal dan estetika
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika merangkumi Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti

(f) Ketrampilan diri
Pendidikan Prasekolah memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri yang positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.



Thursday, 8 June 2017

HOME


Assalamualaikum dan salam sejahtera......

kami ingin berkongsi kepada anda mengenai kepentingan ict dalam pembelajaran kanak-kanak.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Ia dapat membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan persediaan dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya menggunakan abm seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mangaplikasikan alatan tersebut kedalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada kelas sahaja bahkan dapat mempertigkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 

Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekodkan setiap maklumat yang diperolehi.

Dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua  murid yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah didalam kelas. Namun mereka juga boleh berlajar dengan menggunakan komputer di dalam kelas.

Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan kanak-kanak lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. 

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.

Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat kanak-kanak yang berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.

Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.

Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang baru.




Friday, 2 June 2017

WORD SHEET

Klik pada gambar dan download...


SAINS DAN TEKNOLOGI

KOMUNIKASI



MATEMATIK AWAL










Saturday, 27 May 2017

MASA DEPAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam P&P kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan P&P dalam kelas prasekolah di samping lain-lain pendekatan P&P prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses P&P, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. 

Penggunaan ICT dalam P&P merupakan cabaran untuk guru prasekolah (Myhre, 1998). Pendekatan ICT dalam P&P harus dirancang dan dilaksanakan sesuai dengan usia, minat dan tahap perkembangan kanak-kanak. Keberkesanan ICT dalam pendidikan prasekolah bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap guru prasekolah (Haugland & Wright, 1997). Guru adalah agen utama dalam inovasi pendidikan. Mereka merupakan salah satu faktor utama dalam mengadopsi, mengintegrasikan, dan menggunakan ICT di sekolah (Nash & Moroz, 1997). 

Oleh itu, boleh dikatakan bahawa keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P banyak bergantung kepada guru. Ini membawa kepada masalah seterusnya iaitu berkaitan dengan sikap guru terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P. Sikap guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan ICT digunakan secara efektif dan juga mempengaruhi tahap keyakinan guru terhadap penggunaan komputer dalam bilik darjah (Delcourt & Kinzie, 1993). Ramai guru yang mengalami perasaan gelisah apabila mereka perlu menggunakan komputer dalam kurikulum (Woodrow, 1991). Sikap negatif iaitu kurang keyakinan diri dan kekurangan guru berkemahiran komputer merupakan halangan serius kepada pengintegrasikan komputer ke dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak rasa cemas menggunakan komputer, maka semakin besar kemungkinan guru mengintegrasikan komputer dalam kurikulum (Dupagne & Krendl, 1992).

Kebanyakan guru prasekolah di Malaysia kurang menggunakan ICT dalam P&P disebabkan masalah yang mereka hadapi. Hannafin dan Savenye telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyebabkan guru enggan menggunakan ICT dalam P&P: kelemahan reka bentuk perisian, skeptisisme tentang keberkesanan komputer dalam meningkatkan hasil pembelajaran, kurang sokongan pentadbiran, masa dan usaha yang diperlukan untuk belajar teknologi dan bagaimana menggunakannya untuk mengajar, dan takut kehilangan kuasa mereka di kelas kerana P&P berpusatkan pelajar (Hannafin, 1999; Savenye, 1993). Masalah yang menyumbang kepada kegagalan penggunaan ICT dalam P&P perlu ditangani bagi memastikan pengintegrasian ICT dalam P&P prasekolah mencapai objektif dan matlamatnya.

Sikap guru memainkan peranan penting dalam pengintegrasian ICT dalam P&P. Ini merupakan satu isu yang perlu ditangani bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penggunaan ICT dalam P&P. Tsitouridou dan Vryzaz (2003) telah mengkaji sikap guru prasekolah terhadap penggunaan ICT. Dapatan kajian mereka menunjukkan sikap guru dipengaruhi oleh penggunaan komputer di rumah, pengalaman dan kemahiran komputer serta kursus komputer yang dihadiri.

Friday, 19 May 2017

PROFILE


MENGENAI KAMI





Terlebih dahulu kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami, dari kiri ialah Nur Aqilah, Fatini, Izatul Farahanie, Fatin Zurain, Wan Najieha dan Nur Amira. Kami merupakan pelajar Batch 5 dari Kolej Ketengah yang mengambil bidang diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran awal kepada kanak-kanak dari bayi hingga kanak-kanak berusia enam tahun. 






Monday, 15 May 2017

SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI LUAR NEGARA 


Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.


Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston. Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.


Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.


PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA


ZAMAN SEBELUM MERDEKA

Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu.  Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA
Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Syarikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.



PANDANGAN TOKOH-TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?

Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;

1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori

IMAM AL-GHAZALI 

Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan / Idea-idea beliau:

         Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
         Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
        Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
        
 Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.


  • Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
  •  Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
  • Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

              -        Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
              -        Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
              -        Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:


  • Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
  • Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
  • Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.


IBNU KHALDUN

Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.

Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

Pendapat beliau pada peringkat permulaan:


  • Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.


Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:


  • Berperingkat-peringkat.
  • Mengadakan latih tubi menggunakan benda-benda maujud.
  • Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar.

Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:


  • Tidak mahu belajar.
  • Mencerca pengajaran yang diberi

Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.


Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.


Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.

Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.